Amoeba ker protozoa ker ataupun vaksin spesis apa pun kiter tak tau lah ni. Tapi inilah ‘vaksin-vaksin’ yang berjaya menyelamatkan saya daripada tertidur di dalam kelas semalam.
Kenapa?
Hari 1:Hand out untuk slide yang di tayangkan telah diberikan terlebih dahulu. Saya mengharapkan dia akan memberikan input tambahan yang lebih menarik daripada apa yang sudah saya miliki. Tapi… dia banyak cerita fasal ‘cerita kawan kita’.
- Kawan kita kena penjara
- Kawan kita kena surcaj
- Kawan kita kena naik mahkamah
Semua cerita dia tu tidak memerlukan catatan. Telinga saya dengar, Otak pick up and lepas tu tapis sama ada nak save atau tidak.
Jadi, bagi mengelakkan kelopak mata kiter tertutup, jadi muncullah amoeba+protoza+Vaksin ni…. Hahahaha….
Hari 2:Hand out dan slide tak tally pula. Sebab penceramah bertukar last minit. Uwaaaaaa… kali ni lebih azab. Amat-amat membosankan. Dia baca slide sebiji-sebiji. Tanpa sebarang elaborations. Saya bukan datang reading class. Kalau macam tu saya pun boleh baca sendiri. Saya nampak seorang demi seorang keluar dari kelas. Maybe dah tak tahan nak menongkat kelopak mata. Ada yang stay dalam kelas pun memang khusyuk habis hingga tak bergerak-gerak melainkan hanya kepala saja yang sekali sekala ke kiri dan kanan. Habis kelas saya minta dia savekan slide dalam thumbdrive saya. Balik baca kat rumah. Hahahha….
Jadi… memang lebih banyak lah amoeba+protoza+Vaksin keluar. Gaya macam tengah salin nota. Tapi inilah rupa nota yang saya catatakan..hihihihi…
Hari 3:Haaaaaaaaa.. last class baru best sikit. Cikgunya memang best! Penyampaiannya pun best. Sikit pun tak ngantuk. Dan kali ni memang hanya pen hitam dan pen merah saja yg ada di tangan saya. Pen hijau langsung tak dikeluarkan… Hehehe.. Izah di sebelah dah tersenyum-senyum bila tengok saya pegang pen hijau dan tekun mencatat ‘nota’ sebabnya dia sudah maklum… saya hanya catat nota kelas dgn pen merah dan hitam. Tapi kalau saya tekun dengan pen hijau di tangan, itu maksudnya ada benda lain yang saya catatkan…hahaha… memang betul pun… saya sempat siapkan 1 chapter DJ10 dalam masa 2 jam kelas kedua semalam…di samping amoeba+protoza+Vaksin tu hahahah…. Tapi… dalam last class ni, memang nota dengan pen merah saja yang kelihatan.. baru rasa nikmat belajar yang sebenar sebab memang cikgu tu best…
hihihi….


Pen hari ketiga... (tanpa pen hijau)...

Pen hari pertama dan kedua. (pen hijau paling digemari)...

TQ! to Cikgu Anuwar kerana kelas yang best pada hari terakhir....
Hari ni dah masuk office.. tengah cari Cik Mamud nak buat kerja…
