
Uyehhhhhh!!!! Exam dah habis.. (untuk bulan ni).. bulan September ada lagi dua exam…

Dua hari mata berjuling-julingan,

jari tengah terpenyek sebelah, mulut muncung kalah woody woodpecker, serebrum menggelegak mendidih 120 darjah celcius, muka pun dah naik hijau

dengan bintik-bintik bak permukaan bulan….

Akhirnya, Fuhhhh… legaaaaa… akhirnya habis juga semalam. Lega sangat rasanya. Sekarang berdebar-debar tunggu result la pula. Tapi at least dah boleh celik mata pandang benda lain sekejap sebelum menjelma second exam on 9/9/2008 nanti. “Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah kejayaan yang cemerlang kepadaku dan kawan-kawanku dalam peperiksaan J*b*t** ini”
Pada jam pertama, perut kiter dah menyanyi dondang sayang… Sedangkan dah breakfast nasi goreng dan ayam goreng. Tapi biasalah, common theory… bila dah banyak guna otak, cepatlah lapar… kan? Hahahaha… (banyaklah sangat gunanya tuh)… Tapi oleh kerana masa menjawab exam adalah tiga jam, jadi terpaksalah perut menunggu dengan sabar hingga tamat exam.
Selepas selesai exam, kami pun berbondong-bondong keluar dari dewan dengan gembira berserta ‘tanduk-tanduk’

yang mula tumbuh melata. Macam-macam rancanganlah yang keluar. Disebabkan tempat kami exam tu berhampiran Sogo, akhirnya, kami decide nak gi makan kat Sogo jerlah.. Ada orang nak belanja SR.. hehehe… uyehhhh… (Moga murahhh rezeki orang yang belrniat mulia itu)… Tiba-tiba, tak semena-mena timbul pula idea baru merangkap ‘perjanjian’ tak rasmi…
KJ: “Lepas ni, setiap kali selesai exam, kita akan celebrate kat mana-mana dan akan ada rotation untuk belanja…”
As-Taqwa-Wahida-Fuzah-Dayah: “Setujuuuuuuuuuuu…” Muahahahaha… (amboi.. seronok bukan main kalu sebut bab makan)
Wahida: “Tapi kan KJ, bila masa lagilah kita nak ada examnya?”
As: “Haaa… nanti bulan 9 kan ada lagi satu exam?”
Taqwa-Wahida-Fuzah-Dayah: “A’ahlah….”
Taqwa: “Tapi, time tu puasalah…”
KJ: “Haaaaa.. time tu cupppp..turn KJ belanja….”
As-Taqwa-Wahida-Fuzah-Dayah: “Woo..bijakkkkkk….” Muahahahahaha… (gelak lagi tanpa menghiraukan orang keliling yang memerhati gelagat kami yang sedang berkumpul kat depan ATM menunggu Taqwa keluarkan duit… seronok tak terkata. Rasa nak gelakkkkk je sepanjang hari)
KJ:”Yerlah..KJ belanja buka puasa laaaa…”
As-Taqwa-Wahida-Fuzah-Dayah: “Wokehh..set...” Muahahahahaha… (Gelak lagi… beberapa mata memandang kami dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Ada yang berkerut dahi melihat gelagat ‘kanak-kanak’ yang kelihatan penuh dengan kegembiraan dan keseronokan yang berganda ini.)
Arrghhh..pedulikannn.. yang penting kami gembira.. muahahahaha…
Selepas selesai santap tengah hari sambil gosip-gosip panas beserta segala macam perbincangan perancangan-perancangan terancang, kami berarak ke beberapa bahagian di dalam Sogo tu untuk mencari hadiah perkahwinan untuk dua orang sahabat yang telah dan bakal melangsungkan perkahwinan. Tiba-tiba….
Taqwa: “Alamak… alamak.. mak Taqwa pesan tomato 3 biji…”
As-KJ-Wahida-Fuzah-Dayah: Muahahahaha… “3 biji jer Taqwa?”
Muahahahaha…
Selesai semua urusan, kami pun berarak ke parking. Babai Sogooooo…
Sticker Note: Segala pic akan diupdate kemudian....
