Kenapa kiter selalu diberikan ujian begini?
Kiter sebenarnya paling tak suka berada dalam situasi ini.
Tapi kita terpaksa akur dengan ketentuan Ilahi. Kiter tahu dan yakin, Allah sayang kiter sebab tu Allah berikan ujian sebegini. Dan Allah tidak mahu kiter terlalu ‘tamak’ dan sentiasa sederhana dalam kehidupan.
Setiap kali Allah ingin berikan kegembiraan, setiap kali itu jugalah kiter terpaksa membuat pilihan kegembiraan yang bagaimana yang kiter inginkan. Dulu kiter selalu bertanya, tak bolehkah kiter dapat kesemua kegembiraan tu tanpa membuat pilihan?
Tapi sekarang kiter sudah tidak lagi mengajukan soalan itu kerana kiter tahu, kiter tetap tidak akan dapat jawapan yang pasti untuk soalan itu.
Begitu juga setiap kali Allah ingin berikan kejayaan, kiter terpaksa buat pilihan kejayaan yang mana satu yang ingin kiter kecapi.
Dan kali ini sekali lagi situasi itu datang menemui kiter. 20hb ni kakak kesayangan kiter konvo di UUM, Sintok. Kiter dah plan nak ambil cuti sebab konvonya hari Isnin. Dan kali ni konvonya memang cukup bermakna kerana dia bakal menerima Anugerah Emas dan dia juga merupakan antara 40 orang pelajar yang mendapat Anugerah Dekan selama 6 semester berturut-turut. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.. tiba-tiba kiter mendapat arahan terpaksa ke Genting Highland 20hb-23hb. Ada kursus Protokol dan Pengacaraan. Uwaaaaaaaaaaaa… tak boleh nak ganti dengan orang lain sebab semua yang lain unavailable. Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…
Ya Allah, kurniakan daku kekuatan dan kebijaksanaan dalam menghadapi situasi ini.