Setakat sekarang, saya memiliki tiga orang nieces yang sentiasa dekat dihati…
Nulshatilla = 24 tahun
Nur Adibah = 14 tahun
Nur Diana = 3 tahun
Dulu hanya Shatilla yang ‘mewarisi’ beberapa perlakuan dan perangai ‘pelik’ saya. Cara makan. Kedudukan nasi dan lauk dalam pinggan, susunan tulang di tepi pinggan, cara suap nasi, dan turutan ambil lauk semua sama macam saya.
Apa yang saya minat dia suka. Apa yang saya nak, dia pun nak… macam ‘twin’ saya. Itulah Shatilla yang kini sudahpun bergelar seorang isteri. Sehingga kini we are still ‘twin’ hahahaha…. (Baru je semalam beli shampoo same brand...ahaha...)
(Entry pasal wedding Shatilla masih belum dapat publish… huhuhu…)
Kini… saya ada ‘twin’ baru. Diana. Apa yang saya perasan, dia juga bakal mewarisi serba sedikit perangai saya masa kecil-kecil dulu. Hahaha…
Semalam, lepas maghrib... dengan bertelekung.. tiba-tiba mak panggil kami tanpa suara dengan wajah penuh teruja. Sambil menunjukkan ke arah dapur… Saya, Kak Rokiah, Shatilla, and Adibah memang terbeliak biji mata tengok apa yang ada kat depan sinki. Kami berlonggok depan pintu dapur tanpa sebarang suara seolah-olah tidak percaya apa yang ada di depan mata kami.
Hahahaha… Diana berdiri di atas kerusi mengadap sinki, air dari paip mencurah-curah sambil tangan sibuk menyabun pinggan mangkuk di dalam sinki. Dikala semua orang tengah sibuk solat Maghrib… pinggan makan malam di dalam sinki memang belum bercuci. Lepas Maghrib baru akan ada yang mencucinya. Tapi petang ni memang catat sejarah, tiba-tiba si cilik Diana yang membasuh pinggan-pinggan itu. Tanpa di suruh tanpa di arah. Dia dengan sendirinya dan secara suka dan rela ‘membasuh’ pinggan mangkuk tu.
Tapi dah hampir 20 minit Diana mengadap sinki tu, satu pinggan pun belum di letakkan di rak pengering pinggan. Sabun dah penuh sinki. Hahaha… saya tahu! Itu adalah perangai saya waktu kecil dulu. Suka sangat ‘basuh’ pinggan sebab nak main air dan buih sabun. Ketika itu jugalah saya akan berangan jadi pemillik restoran dan tukang buat jus kalau ada banyak gelas yang kena cuci. Hahahaha… Tapi tak tahulah pulak apa yang di angankan oleh si cilik Diana ni… yang pasti buih dah penuh sinki…
Selepas hampir 5 minit kami beramai-ramai mengendap dia dari muka pintu dapur, akhirnya saya bersuara memecah kesunyian sambil melangkah ke dapur dan di ikuti oleh kakak dan anak-anak saudara yang lain…
Saya: hai makcik… buat apa tu makcik?
Diana: hehehehehe…. (gelak terkekeh-kekeh seolah-olah tengah terkantoi…)
Kami semua menjenguk ke dalam sinki…
Kakak: Uwaaaa… habis axion Tok… berketul-ketul dalam sinki…
Hahahahaha…
Saya: makcik basuh pinggan ke ni? Rajinnya makcik…
Diana: hahahahaha… (gelaknya makin besar…. Malulah tuh!!!)
Akhirnya kakak cuci tangan dia dan turunkan dia dari kerusi… continue basuh pinggan betul-betul…
Diana berlari ke ruang tamu sambil ketawa tak habis-habis.. malu sendiri lah tuh….
Selain itu, saya juga mula ‘takut’… takut dia dapat perangai saya yang saya sendiri tak nak ingat tu…. Bercakap sorang-sorang… dan ‘berkawan’ dengan halimunan… hahahaha…
Tapi tengahari tadi saya nampak Diana seolah-olah bercakap dengan seseorang sambil meletakkan jari telunjuk di mulutnya mengisyaratkan supaya diam.. sebab dia nak tampar lalat… saya tersembul biji mata juga nampak dia dok bercakap sorang-sorang seolah-olah meminta ‘seseorang di sebelahnya’ diam.. takut lalat tu lari… uwaaaa… ‘ngeri..ngeri…’
Cuma Nur Adibah saja yang belum nampak tanda-tanda bakal ‘mewarisi’ perangai saya…. Eh! Cup! Ada juga… Adibah kuat merajuk!! Hahahaha….
Nulshatilla, Abdul Qaiyum, Nur Adibah, Mohd Safwan, Mohd Syafiq, Mohd Shahir, Nur Diana, and Mohd Faiz... All of you are always close to my heart!!!
Chik Dah’s pearl of happiness…