
20_11_2008/2.00am; Bangi
Sudah lama rasanya kiter tak menganyam di sini.... (“,).
Selepas kiter mengambil keputusan yang sangat berat untuk dibuat. Memindahkan blog lama ke alamat baru dan menggantikan blog baru dengan alamat lama, segalanya juga terasa ikut berubah. Perasaan nak merapu juga turut ‘berpindah’ ke sana. Jadi segala yang terisi di sini segalanya turut berubah. Tapi tidak ada apa yang penting pun sebenarnya kerana tidak ada siapa yang terkesan pun dengan segala perubahan itu. Ada atau tidak, sama saja. Nobody cares.
Walau apa jua yang terjadi sekalipun, terima kasih ya Allah. Selepas beberapa lama pelbagai dugaan dan ujian Engkau berikan, kini Engkau kurniakan ketenangan dan menemukan kiter dengan sesuatu yang telah lama ‘hilang’. Sesuatu yang telah lama kiter rindui.
Hampir dua tahun kiter ‘hanyut’ di pukul badai, mencari sesuatu yang kiter sendiri tidak tahu apa yang kiter cari sebenarnya. (Alamak, kenapa tiba-tiba keluar ayat ala-ala prosa klasik ni? Entah!… Kiter sendiri pun tak faham apa yang kiter tulis ni. Haha…Bahana menulis blog di kala semua orang dah di ulit mimpi agaknya. Bahana tak boleh tidur sebab rama-rama dah penuh dalam perut. Esok kena present proposal. Macam ni lah jadinya.) Ish!!! Tadi masa nak siapkan proposal, mata macam berat 18kg, malap dan kabur-sekaburnya. Tapi bila semua dah siap, terus terang benderang. Celik seluas-luas alam. Emm... sungguh tak bagus habit-at ini....
O.K, back to the story.
Benarlah firman Allah di dalam surah ar-Ra’d:13, “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram.”
Senang cerita….
Kiter dah lama tak pergi intellectual discourse and Islamic Talk Show sebenarnya. Miss it sooooooooo much! Di sebabkan dua tahun kebelakangan ini kiter sibuk mencari dan mengejar sesuatu yang kiter sendiri tidak tahu di mana penyudahnya, jadi kiter lupa sekejap untuk kembali kepada rutin yang sangat kiter cintai suatu ketika dulu. Rutin yang menjadi makanan ruji. Kalau tak setiap hari, mesti setiap minggu. Kalau tak setiap minggu, mesti setiap bulan.
Dengan izin Allah, paaaaadaaaa suatu pagi di akhir bulan Oktober yang lepas, kiter telah dihubungi oleh seorang rakan lama di facebook. Jemputan ke program Challenges for Modern Muslims in Dakwah. (Content of the knowledge will be shared later. If there’s anyone bother to read…)
Zuupppp!…. Terasa sesuatu yang menusuk dasar hati selepas melihat jemputan itu.
Tanpa berfikir panjang, kiter terus accept the invitation and my heart said, “by hook or by crook I must attend the course.”
Thanx, Adah! ----<@
Thanx, Pahlawanshiro! ----<@
OK, mata dah kembali kabur. Kepala dah kembali rasa berat sebelah.
Got to go....
Assalamua’laikum....
**Eeee... tak sukalah tengok font yang automatically bold kat blog tu. Huhuhu... tapi belum ada masa nak betulkan html ni... Cik Coding... please, help me!**