Cerita hari Selasa (26/08/08)Bertolak pulang dari Terengganu dan tepat jam 11.30pm kiter menjejakkan kaki di bumi Putrajaya. Selepas memunggah semua barang-barang, kiter pun terus masuk ke dalam pon-pon yang dirindui. Sepuluh hari tinggalkan dia keseorangan di parking parcel * keseorangan. Alamak,

tiba-tiba terasa sesuatu yang tidak enak kelihatan. Tayar pon-pon macam lembik. Terasa rendahhh jer. Minyak pula menunjukkan isyarat nyawa-nyawa ikan. Alamak,

masa tinggalkan dia hari tu rasanya minyak ada lagi. Siapa pula yang sedut minyak pon-pon ni? Tak kan semut buat cari gali minyak kot? Alamak!

Duit dalam purse ada RM5 jer? Itulah, gara-gara ‘supping’ keropok ala-ala macam orang nak balik buka bisnes. Camno ni? ATM di blok berhampiran dah tak boleh digunakan.. dengan mamai-mamai, kiter ke precint 11. petrol pam kat situ ada ATM. Alamak..

tak boleh guna juga. Ada dua orang abang bangla yang macam sombong jaga kat situ… Alamak!

Baru teringat.. a’ah.. yerla.. dah melepasi jam 12 malam, memang ATM dah tak berfungsi.. ayoyo!! Camno ni? Tawakkal balik umah jer la. Yang penting sampai rumah. Tepat jam 1.00am, kiter mendarat di depan rumah dengan selamat. Bekalan tenaga dah sampai ke tahap -10. Semua beg ditinggalkan dalam pon-pon. Bawa badan dan hand bag je masuk dalam rumah…
ZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzz….
Rabu (27/08/08)Menjelang pagi….
“Sob..sob…” bukan nangis.. tapi itu bunyi sedutan cecair dari hidung yang mahu mengalir keluar. Kepala terasa berat, seberat tembaga 18kg. Bahu kiri terasa sakit yang amat sangat. Kenapa dua tiga menjak ni kalau kiter demam, pasti bahu kiri terasa sakit. Tapi tidak ada kaitan dengan bantal atau sarung bantal. Memang sebelum terkena bantal lagi dah sakit. Terjaga dari tidur mendengar bilik di ketuk beberapa kali. Kesian Izah. Dah berapa kali agaknya dia ketuk pintu tu. Dengan mamai-mamai

dan muka yang pucat lesi

bak buah langsat, kiter gagah turun dari katil dan serahkan kunci pon-pon pada Izah. (Kiter park pon-pon depan gate. Izah tolong alihkan sebab kereta dia nak keluar gi keje).. Eh.. dia yang nak gi keje… bukan kereta dia…
Kiter continue menjunamkan kepala atas katil dan terus tidak sedarkan diri…. Zzzzzzzzz…
Selepas beberapa jam...
Matahari mula menjengah. Tepat jam 8.30am, mata kiter terbuka luas. Tapi kepala masih terasa berattttttttt sangat. Tapi tiba-tiba hati bertegas untuk memaksa badan untuk bangun juga. “Jangan dilayan sangat kepala tu. Kalau ikutkan dia, memang sampai ke malam pun dia tak nak gerak…”
Kiter terus bangun dan menyegarkan diri dengan mandian susu dan wangian yang menyegarkan. Selesai bersiap, kiter terus ambil kunci pon-pon dan mula mengejutkan pon-pon dari lenanya. Kiter terus bergerak ke petrol pum (guna duit plastic untuk bagi pon-pon bekfes pagi tu), kemudian ke kedai dobi (alasan demam, tak larat basuh baju, so, minta tolong mokcik laundry basuhkan) dan bank. Setelah purse dah kembali penuh, kiter meneruskan perjalanan ke Hill Park untuk menghantar beg dan barang-barang Dr. U. Setelah selesai urusan dengan Dr. U, hati kiter tergerak untuk ke amcorp Mall. Hehehe… as usual, Axes Book, China ceramic dan beberapa kedai kiter jelajah dan mengabiskan duit beli buku lagi (walaupun time untuk baca buku tak tahu bila), kemudian kiter terus ke UIAM. Jumpa Nana, sampaikan hadiah bday yang dah hampir 2 bulan tertangguh, dan terus ke PTS jumpa Kak Asma, ambil barang pesanan dari Bandung.
Hampir 4.30pm semua urusan settled. Kiter pun meluncur pulang ke LP. Hujan yang pada mulanya renyai-renyai mula lebat. Setibanya kiter di selekoh untuk ke LP, tiba-tiba mata kiter tertancap satu objek bergerak di tengah jalan. Dia sangat kecil dan kelihatan dalam keadaan yang penuh kebingungan. Tidak tahu arah yang hendak di tuju. Melihat badannya yang basah kuyup dan dia menggigil kesejukan, kiter tidak sampai hati untuk meneruskan perjalanan. Kiter nekad untuk U turn. Kiter mengambil risiko untuk berhenti di tepi jalan tu untuk mengambilnya bawa balik. Bila kiter U turn dan sampai di tempat tu semula, dia sudah tidak ada di situ. Puas kiter pusing-pusing kat situ, mengendap bawah pon-pon kot-kot dia dah masuk bawah pon-pon. Kiter pun dah hampir lencun juga mencari dia kat situ. Tapi masih tidak jumpa. Jadi, kiter assume mungkin dia sudah berjaya melintas jalan tu, jadi kiter pun bergerak dari situ sebab kereta yang lalu lalang mula hairan dengan gelagat kiter kat situ. Takut kang tak fasal-fasal ada orang berhenti ingat pon-pon kiter rosak…hehehehe… Tapi, sejurus selepas kiter gerak dari situ. Toing!!! Dia kembali muncul.!! Arghhh!!! Ujian apakah ini? Ajaib betullah… Kali ni hati kiter nekad untuk kembali semula ke situ. Kiter park pon-pon kat tempat selamat di taman perumahan berhampiran. Kiter ambil payung dan handphone dan terus berjalan ke tengah jalan tu. Kiter pun pelik kenapa kiter bersungguh-sungguh terasa nak selamatkan dia. Sebab kiter tak sampai hati dan kesian melihat keadaannya yang sangat kecil, kebingungan dan kesejukan di tengah jalan tu. Kalau kiter tak selamatkan, kiter yakin, dia tidak berupaya untuk menyelamatkan dirinya dari kereta-kereta yang lalu lalang di situ.
Kiter membahayakan diri sendiri juga sebenarnya. Sebab kereta kat situ laju-laju. Tapi kiter tawakkal to ala Allah lah… Tapi… Setibanya kembali kiter di situ…. Hati kiter bagai di siat-siat melihat sekujur tubuh terbaring kaku. Kepalanya sudah pecah berkecai. Kiter tidak sanggup lagi melihat. Kiter terus berpatah balik dengan linangan air mata yang turun lebat, selebat hujan pada petang itu. “tuttt…Tutttt..” Tiba-tiba ‘kakaksayang’ call. Apa lagi, kiter terus meraung kat kakak. Puas juga kakak pujuk.. hehehhee…. “Nak buat macam mana. Ajal dia dah sampai. Bukan salah adik pun. Adik dah cuba selamatkan dia, kan….” Uwaaaaaaaaaaaaaa…. Dia adalah seekor anak kucing yang kerdil. Kiter balik rumah dengan hati yang sayu. Masih terbayang-bayang keadaan dia yang ketakutan di tengah jalan itu.
Semoga rohnya dicucuri rahmat….
Sekacip pinang: Cerita 10 hari di tepi pantai akan di update kemudian….