Arghhhh!!!
Apa dah jadi ni?
Cik Busy sudah menjadi best friend saya dua tiga menjak nih.
Disebabkan kiter berkawan baik dengan Cik Busy, maka mulalah muncul kerja-kerja ‘gila’ yang dah lama kiter tak buat. Ingatkan dah kembali waras. Tapi rupanya belum sepenuhnya.
Banyak sangat kerja ‘gila’

yang kiter dah buat dalam masa dua minggu ni…. Tak tertulis kat sini… Biarlah ia menjadi kenangan terindah dalam hidup kiter….
Emmm… Hari Jumaat baru ni, jam 12.15pm kiter berkejar ke Teratak ‘Datin’ As. Ada kenduri doa selamat. Jam 2.00pm kiter pecut ke PN*B. Tak sempat nak bantu ‘Datin’ cuci pinggan…hehehe.. Jam 6.30pm selesai tugas di sana… kiter terus balik ke office. Tujuan asalnya untuk punch card and tutup PC jer. Tiba-tiba terbentang atas meja surat jemputan untuk ke satu Konvensyen peringkat Kebangsaan. Kena jadi committee la pula. 7.30am dah kena ada kat sana kalau tak, nanti peserta takleh masuk konvensyen. Dalam masa yang sama kena juga pergi Kolokium lain. Mana satu nak pergi ni? Emm… ketika dalam keadaan beginilah fiqh al-aulawiyat tu sangat penting kan?
Emmmm… kiter buat decision pergi konvensyen lah. Lagipun dah dekat dengan Jalan Duta. Sebab hari sabtu tu jam 11.00am kiter kena balik Kedah. Ayah sakit….
Pagi Sabtu yang hening. Jam 6.30am kiter dah pecut kat highway menuju Masjid Wilayah. Sebelum tu, singgah Maybank kejap. Bank in kan duit untuk pesanan barang kat Kak Asma yang akan berangkat ke Bandung Ahad pagi. Jam 7.30am saya terpacak depat Masjid. Terus meluru ke meja pendaftaran. Terus bersila melaksanakan tugas-tugas yang belum selesai.
Jam 9.30am, everything’s almost done. Kiter terpaksa minta excuse kerana nak ke Vista untuk park keter kat sana sebelum ke Hentian Duta. Terima kasih kepada rakan-rakan yang cukup memahami dan ‘memaksa’ saya meninggalkan kerja-kerja yang masih berbaki. Kiter terus pecut ke Vista dan lepas pastikan pon-pon berada di tempat selamat, kiter terus ke Hentian Duta dengan pokcik.
Jam 11.15am Mara Liner pun bertolak menuju ke destinasi. Tepat jam 6.00pm kiter tiba di rumah. Ayah ada kat depan rumah menanti ketibaan kiter. Dah nampak sihat sikit. Dah boleh berjalan. Dia baru saja 3 hari discharged. Mak cerita, masa hari ayah discharged tu, bila sampai rumah, dia tak nak masuk rumah. Bila mak tanya, kenapa tak nak masuk dalam rumah, jawapannya… “nak tunggu Majidah balik…” uwaaaaaaaaa… kiter sedih dan terharu yang teramat sangat. Lepas mak pujuk dan janji saya akan balik pada hari sabtu tu baru dia masuk. Sebab itulah by hook or by crook saya memang kena balik juga on sabtu tu.
Sampai jer rumah, kiter dah jadi pirana sebab seharian tak makan. Dalam bas kiter bertemankan Tunas dan kenyang bila ikut serta Addin and the geng pergi camping jer. (Memang kiter tak pernah makan kat RnR sebenarnya. Memang selalunya tunggu sampai rumah baru makan).
Malam tu, rehat-rehat kejap depan TV dengan mak, kakak dan anak-anak saudara yang sedang sibuk tanya itu ini kat kiter, especially Si kecik, Diana.
“Cik Dah, kenapa Cik Dah lama tak balik?” (Sebenarnya sudah tiga minggu kiter tak balik.. memang terasa bagai 3 bulan lamanya bila selalunya 2 minggu sekali kiter balik…)
“Cik Dah, pergi mana?” (Soalan lazim bila setiap kali kiter balik kg. Dan semestinya jawapannya sama.. “Cik Dah pergi kerja..”)
“Cik Dah, keropok ni halal dak?” (Merujuk kepada Potato Chip yang kiter beli petang tu. Sekarang ni semua makanan Diana akan cek tanda halal. Mihun goreng makcik Lijah yang jual kat gerai pun dia cek tanda halal. Lebih dasyat dari HDC buat pemantauan…)
Adibah pula sibuk buat homework. Mak pula rancak bercerita macam-macam kisah yang nak diupdatekan kat kiter sambil makan cucuq cempedak. Shatilla sibuk cek design baju kahwin dan sibuk tanya pendapat kiter… Kiter dah jadi macam badut circus juga nak joint sume diskusi dan nak jawab semua soalan-soalan tu… Kakak pun joint sekali keriuhan tu…
Tiba-tiba… Kakak bersuara.
“Bunyi apa kat bilik ayah tu? Cuba gi tengok…”

sambil mengisyaratkan kepada saya untuk pergi ke bilik ayah.
Saya terus bangun dan menuju ke bilik ayah. Kelihatan keadaan ayah agak pelik… Saya tidak mahu buat semua orang panik. Saya pun panggil ayah beberapa kali. Tapi tidak menyahut. Saya terus perlahan-lahan keluar semula dan panggil mak dan kakak. Selepas beberapa ketika, mak call sepupu dan pakcik. Masa tu saya dah kat tepi telinga ayah bacakan yasin. Kakak tak putus-putus mengajarkan ayah mengucapkan dua kalimah syahadah. Mak dah berlinangan dan hampir hujan dah. Tapi keadaan ayah tetap tidak berubah. Matanya sekejap memandang ke siling rumah, sekejap terpejam. Tiba-tiba kakak decide nak bawa ayah ke hospital malam tu juga. Ketika itu sudah jam 12.00am.
Dua orang kakak dah tukar baju… Sepupu dan Pakcik dah mengusung ayah ke dalam kereta. Kiter terkujat seketika. Kakak tanya, “Idah tak mau ikut?” tapi tiada jawapan yang keluar dari mulut saya. Bila ayah dah masuk ke kereta baru saya macam tersedar dari mimpi. Shatilla berlari ke dalam bilik dan mencapai jubahnya. Saya terus pakai jubah yang dihulurkannya (kat dalam jubah… baju tidur…)..capai tudung..alamak.. tudung tak matching…alahaiii..darurat.. tak kisah dah tudung berbunga merah tapi jubah berbunga purple… hihihi.. terus capai handbag dan terus jadi co-pilot kakak..
Setiba di hospital, ayah ke unit kecemasan dan admitted kembali. Ketika ayah di sorong ke wad, tiga orang nurse yang menunggu di situ dengan gembiranya… “emm.. dah agak dah tadi…Pak Cik Jusoh…” hehehe.. semua nurse dah kenal ayah sebab dia asyik keluar masuk menginap di hospital tu.
Tidak lama kemudian, abang ipar tiba. Bila semua selesai, lebih kurang jam 2.30am kiter balik rumah sekejap. Jam 4.00am baru dapat melelapkan mata.
Pagi ahad, jam 8.00am kiter terpacak kat tepi katil ayah. Ayah kelihatan sihat pula pagi ini. Sungguh berbeza dengan semalam. Dah boleh bangun dan berjalan sendiri ke toilet. Emmmm… memang aura hospital cukup berkesan nampaknya…
Jam 10.00am kiter terpaksa bergegas pulang ke KL. Ada Exam. Dengan berat hati kiter melangkah ke dalam perut Mara Liner lagi sekali. Tak sampai 12 jam rasanya kiter berada di kampung. (Ini salah satu kerja ‘gila’ yang kiter lakukan dalam minggu ni)…
Kiter nak cari supplement la… ada sesiapa boleh cadangkan the best supplement yang sesuai diambil oleh orang yang berkawan dengan Cik Busy supaya tak letih dan lesu dan boleh bangun pukul 5.00pagi setiap hari?

My Lovely Diana...
