Hehehehe...
Dah lama rasanya kiter tak cerita pasal daily life. Entah. Entah kenapa 'Cik Mamud' untuk rekod daily life pergi bertapa entah ke mana. Jadi, rasa malas nak simpan cerita-cerita harian dalam ni. Tapi petang ni dengan suasana lepas hujan ni, tiba-tiba rasa nak aktifkan sel-sel dalam otak dan nak uji tahap daya ingatan masih kuat atau tidak. Jadi kiter cuba mengimbau apa yang telah terjadi dalam dua tiga hari yang lepas. Sebab kiter pernah terbaca pendapat seorang ahli psikologi yang mengatakan, jika kita ingin mempunyai daya ingatan yang kuat, setiap hari sebelum tidur kita perlu melatih otak kita untuk mengingati kembali apa yang telah terjadi kepada kita pada hari itu dan sebelumnya. Dah berapa bulan juga kiter tak asah otak, jadi petang ni rasa nak cairkan otak. Huhu...
Emm... Tapi banyak sangat peristiwa yang nak direkodkan. Kiter catat beberapa jerlah yer. Hehehe...
1st kiter teruja nak cerita kat Raject... Kiter tengah belajar nak ikut jejak dia untuk lembutkan jari jemari buat bebenda yang memang diluar jangkaan kiter ni. Hehehe... Semalam pagi-pagi hari kiter dan hsmate menapak ke N3. Cari bahan untuk mengasah jari jemari. Seharian juga kami menjelajah tempat yang kali kedua kiter sampai tu. Rasa macam memang tak terhabis nak jalan semua kedai. Selesai shopping bahan-bahan yang memang betul-betul memenuhi seruan kerajaan dalam kempen penjimatan, kami pun pulang. Sampai rumah arround pukul 4.30pm, saya ke Jusco pula untuk mencari beberapa bahan untuk scrapping dan juga print beberapa pictures yang akan menjadi mangsa di potong. Mesin kat kedai gambar rosak pulak. So, kiter pusing-pusing JJ satu jam sambil bergayut dengan J. Satu jam berjalan sambil tgk barang ditemani cerita dari seberang sana. Tersengeh sorang-sorang dan kadang-kadang diselangi gelak yang entah orang dengar atau tidak, hinggalah tiba-tiba talian terputus. Kiter tak pasti apa yang terjadi. Sama ada baterry hp dia dah kong ataupun dah credit limit. Tapi selalunya dia akan sms atau call semula beritahu kenapa, tapi terus senyap. Kiter rasa sure dah credit limit. Hahhaha.... Kiter nak call balik, credit kiter memang ada 48sen je time tu.. hahahaha...So, kiter pun terus balik selepas dapat 3 barang.
Balik rumah arround 6.30pm, kiter terus pegang bahan-bahan yang dibeli kat N3 tadi. Terus mencuba-cuba lilit-lilit, lipat-lipat, belit-belit, gulung-gulung, potong-potong, lekat-lekat... Dah siap satu.. tapi tak tahu entah kenapa mata kiter still rasa macam ada yang kureng. Nampak macam ada sesungut yang tak berapa nak kena... Entah!!! maybe ada mata pakar yang boleh teropong dan bagi nasihat kat mana yang tak kena tu ek... Cik Rajer.. help me!!!
Segan nak bagi tengok.. tapi inilah dia satu yang dah siap...
Tadaaaaaaaaaaaaaaa...
