Friendship is the golden thread that ties the heart of all the world....
Home­Calendar­Register­Log in
Log in
Username:
Password:
Log me on automatically at each visit: 
:: I forgot my password
November 2009
MonTueWedThuFriSatSun
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30      
CalendarCalendar
Who is Online ?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 8 on Fri Sep 11, 2009 8:18 am
Admin Keyword
Mengenali sesorang itu, kadangkala membuat kita ketawa, mengenali seseorg itu juga kadangkala membuat kita mengalirkan airmata... sesunguhnya, mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa marah, sedih, gembira, sayang dan rindu.. tapi, sedarilah kita... mengenali seseorang itu sebenarnya adalah 1 Anugerah... biarpun hadirnya hanya seketika & Sekadar teman Sementara... bersyukurlah dengan kehadirannya... kerana barangkali melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN....
Top posters
Admin
 
CikCopy
 
arisa
 
adninzaira
 
pda@BBJ
 
shatilla
 
udergugu
 
norashburn
 
dr.usop
 
halimatun_razali
 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Latest topics
» BBJ resemblance...Hehe..
Thu Feb 19, 2009 8:23 am by Admin

» Champur Chart -BBJ
Thu Feb 19, 2009 8:16 am by Admin

» Oh! My nieces….
Fri Dec 12, 2008 4:06 am by Admin

» Kain Rawa 70 Tahun
Fri Dec 12, 2008 3:50 am by Admin

» Very Meaningful...
Fri Dec 05, 2008 7:05 am by Admin

» fuhh.. what a weekend....
Mon Nov 24, 2008 12:35 am by Admin

» Nobody Cares...
Fri Nov 21, 2008 4:52 am by Admin

» Facial of facial...
Mon Nov 17, 2008 5:51 am by adninzaira

» Pagi-Tengahari-Petang
Mon Nov 17, 2008 5:38 am by adninzaira

Poll
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
http://illiweb.com/fa/social_bookmarking/digg.gif  http://illiweb.com/fa/social_bookmarking/delicious.gif  http://illiweb.com/fa/social_bookmarking/reddit.gif  http://illiweb.com/fa/social_bookmarking/stumbleupon.gif  http://illiweb.com/fa/social_bookmarking/slashdot.gif  http://illiweb.com/fa/social_bookmarking/furl.gif  http://illiweb.com/fa/social_bookmarking/yahoo.gif  http://illiweb.com/fa/social_bookmarking/google.gif  http://illiweb.com/fa/social_bookmarking/blinklist.gif  http://illiweb.com/fa/social_bookmarking/blogmarks.gif  http://illiweb.com/fa/social_bookmarking/technorati.gif  

Bookmark and share the address of Forever Friends on your social bookmarking website
Statistics
We have 43 registered users
The newest registered user is siddiqz

Our users have posted a total of 198 messages in 93 subjects
Share | 
 

 Wanita dan kubur

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
CikCopy



Posts: 16
Join date: 2008-07-04

PostSubject: Wanita dan kubur   Fri Jul 04, 2008 8:31 am

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah,siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya..

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu- pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengantidak di hisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. "Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah".


KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK LIMA KALI

1. Aku rumah yang terpencil,
Maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap,
Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,
Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4.. Aku rumah ular berbisa,
Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,
Maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya

1. Dunia itu racun,
Zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun,
Zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun,
Zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun,
Taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun,
Ramadhan itu ubatnya.
Back to top Go down
 

Wanita dan kubur

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forever Friends :: TEMAN KARYA :: Artikel Menarik-